 |
red1.org Nihili est - in vita priore ego imperator romanus fui
|
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
red1 Site Admin
Joined: 06 Jul 2004 Posts: 1756 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Wed Oct 27, 2004 9:47 am Post subject: Wahai Anak-anak Compiere Ku |
|
|
Salam,
Ain, Lily, Mardina
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi tahniah kerana berjaya mendirikan Compiere dengan sepenuhnya di premis Uniti-IT Sdn Bhd.
Anda bertiga berjaya:
1) Install Oracle 9i (selepas 3 percubaan)
2) Install Java
3) Compiere2
Anda masih perlu (4) Install Eclipse (5) Setup Source
Dan kali ini saya tidak akan lagi membantu tetapi ingin melihat ketabahan anda mencuba dan semangat tidak putus asa yang memang ada pada diri anda (walaupun banyak berlaku kepanikan. You would have been fired if you are in New York, but luckily you are in Uniti where the bosses never want you to quit and even refused any resignation).
Sila sedia maklum bahawa selepas berjaya atau sebaliknya dalam sesuatu tindakan, hendaklah dicatat perjalanan pengalaman secara terperinci, sebelum terlupa.
Fadzilatnya saya sudah acapkali terangkan.
Sebaiknya ialah merakamkan butiran berkenaan dalam red1.org forum bahagian Bahasa Malaysia.
Sesiapa yang paling banyak membuka tajuk akan diberikan status Moderator dalam forum tersebut.
Sila menaikkan status anda demi kebahagian masa depan yang lebih cerah.
Ini bukan amaran, tetapi hakikat pasaran. Anda semua sedia maklum pendapatan alam mutakhir ini adalah bergantung kepada nilai ilmu (dari Ma Lam Ya' Lam) dan bukanlah berbentuk fizikal sekali pun. Kalau anda masih ingat semasa dulu, bahawa dalam zaman gua, ilmu mengenai api dan batu mampu menaikkan taraf manusia.
Hari ini kita berada dalam zaman siber yang saya anggap cuma salah satu lapisan dari Aalamiiin Allah wa Zalla, dan anda tidak ada pilihan kerana Allah 'memaksa' anda memeluk lapisan ini dengan memberikan habuan paling sedikit kepada mereka yang mampu menghidupkan api dan angkat batu kepada habuan paling besar kepada mereka yang mampu membangunkan applikasi internet!!
Saya mempunyai ramai teman dalam perjalanan hidup yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke New York tetapi tidak mampu mendapat kerja atau manfaat ilmu itu kerana mereka masih berada pada tahap ilmu yang superseded oleh lapisan ilmu terakhir.
Saya bagi contoh bahawa 15 tahun dulu saya berpendapatan selesa dengan hanya membuat memasang PC, dan 5 tahun kemudian saya jatuh kerana bila Taiwan rakus tu mengeluarkan Klon tak bernilai bernama Acer yang bertaburan di kawasan lanun siber yakni Imbi Plaza sehingga menjatuhkan hasil pendapatan saya dari RM500 satu PC kepada hanya RM100 satu PC.
Saya terpaksa mencipta semula kerjaya saya dengan memasuki bidang pembangunan Laman Web yang memberikan kontrek pertama saya dari Bank Bumiputra (1996) dengan nilai cek RM70 ribu !! tanpa soalan banyak dari kroni saya dalam bank tersebut kerana waktu itu mereka amat terkejut dan takut dengan alam baru ini dan tidak tahu bahawa kerja saya dengan HTML dan Photoshop hari ini boleh dilakukan dengan hanya RM22!
Selepas munculnya FrontPage setahun kemudian (1997) nilai kerja saya masih bertahan pada RM7 ribu sebulan gaji dari Bank tersebut tetapi saya terpaksa sekali lagi mencipta diri dengan memasuki era DotCom dimana Chase Perdana Bhd memerikan kami RM1.5 juta! (on paper je... tak sampai pun) dan sepertimana anda semua maklum saya menjadi WebMaster Siti Nurhaliza (oh ya, saya baru terjumpa 2 keping gambar saya bersama Siti, rupa2nya reporter ada tangkap dan tersimpan dalam album tanpa saya teringat sehingga krew Jakim mari baru2 ini. Maka boleh lihat di TV, apabila Jakim menyiarkan nya Isnin ketiga bulan Syawal di RTM1, 6 ptg nanti).
Tetapi dengan jatuhnya era DotCom (dengan Nasdaq, Nasdaq sekali), saya terjatuh lama kali ini kerana tidak menyangkakan alam ini begitu cepat berakhir. Dan maklum, orang biasa bergaji lima angka takkan nak minta kerja peon. Saya terpaksa berkebun, ya jangan ketawa, dan tidak ada kemaluan disana. Itupun selepas saya musafir selama 2 bulan di bumi Indonesia (meninggalkan isteri sehingga beliau risau ana sudah nikah lagi satu) untuk membawa diri serta mencari makna ayat-ayat Allah yang menyeru kita musafir, saya kembali dan berpindah dari rumah mewah (yang ber AirCond 5 biji, autogate, Jetski, 4 kereta, 2 tingkat, 4 bilik, 3 bilik air, dan Astro - waktu tu amat berstatus tinggi, ler ni taklah, mat kedai rokok pun ada astro untuk pelanggannya).
Saya berpindah ke sebuah kebun 2 ekar yang berkolam. Saya membersihkan tanah kawan saya (Nazri, pengasas Kosmopoint) tu yang sebelah tanah Yousuf Lee (bekas kawan En Zayed jua) juga seorang Cina Mualap macam saya. Tanah nya yang terbiar saya usahakan (inspirasi dari musafir menyaksikan bagaimana orang Jawa di pulau Jawa membangunkan tanah walaupun ditepi jalan bas stop), sehingga kolam itu berisi 5 ribu ekor ikan telapiah, dan saya tanam sayur-sayuran.
Satu hari ibu kandung saya datang cari saya dan ternampak saya dalam panas terik matahari sedang mengikat batang2 buluh untuk menjadi perangkap nurseri benih ikan dalam kolam tersebut lalu menangis melolong kerana anaknya hidup dalam hutan (Kuang bukan jauh pun tetapi masih berhutan) dan kulit menjadi hitam (Cina amat sensitip kalau anaknya berwarna lain)
Dengan itu saya berhasil menyara hidup saya sekeluarga isteri (still one only) dan anak2 (still 4 only) selama 6 bulan tanpa pergi pasar malam (dulu hypermarket). Saya juga membuat taugeh sendiri dalam jamban yang tidak diguna dalam rumah, air tauhu, roti, dan hampir2 ayam kampung (tetapi kerajaan kita tak boleh diharap apabila menjanjikan mahu tolong petani moden, tetapi benih tak sampai2)
Saya menghasilkan sawi, kacang botol, ulam raja, kacang panjang, timun, keledek, pisang (disapu oleh monyet) malberi, kacang bendi, serai, dll.
Tetapi adalah tidak mengejutkan kalau saya kata apabila say membawa kacang botol yang keluar2 tak henti2 sehingga anak saya muntah makan, lalu itu sebagai alamat bolehlah saya tolak ke kedai runcit, tetapi sebakul besar kacang botol hanya menghasilkan RM5. Sekilo sawi dijual dipasar dengan harga RM0.40!
Itu petanda Allah membuktikan bahawa ya! memang kita tidak susah cari makan dan Allah tidak sekali2 akan membiarkan anda mati kelaparan, tetapi Allah tidak reda anda berhenti di tahap lama. Itu sebabnya hanya 4% peratus dari manusia bercucuk tanam atau terlibat dalam pengeluaran makanan yang mengisi perut 100% 4.5 billion people in this world. Itupun boleh makan over dan over supply darah dalam badan, dan menjadi No1 Killer, bukan lagi harimau atau buaya, atau pacak.
Memendekkan cerita, saya berdoa, untuk petunjuk Allah, maka hari ini saya menjadi the No1 Compierean in the World. I am the Best of the Best of the Best.
Rakan saya adalah tertabur di seluruh dunia, dan mereka bukan calang2 orang mahupun memandang rendah saya.
Isnin depan Martin Koenig dari Switzerland ingin berjumpa saya. Hari-hari Andre Lengendre (pembuat sistem Renault, Alcatel dan France Olympics security system akan berinteraksi tugas dengan saya). Steven Sackett dari Australia akan outsource projek baru kepada saya (dan anda berpeluang terlibat dalam kek yang global ini).
Yang tolong menjawab dalam forum saya adalah dari seluruh dunia (tak kira lagi yang memuji sampai over) seperti Peter Shen (China), Eldir Thomassen (Belanda), Michael Judd (UK), Steven (Australia).
Kalau tidak, akan datang lagi banyak ocntact kerana website saya adalah 24 X 7, tak tidur pun walaupun kita nyenyak tidur. Ia di akses dari seluruh dunia.
Saya cerita ini semua bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk atau merendah2kan lagi mereka yang sudah memang rendah.
Saya cuma want u not to be fired in New York, but u can fire people in New York. Ini mudah tercapai dengan. 2 bulan lagi kod MFGSCm akan dilepaskan kepada dunia. Berdasarkan rekod Compiere atau mana2 kod yang berharga, yang mendapat 750ribu download dalam 3 tahun singkat, dengan 50 pelanggan berbayar, dan beberapa kontrek tertutup, saya yang merupakan salah satu dari 4 orang yang menjadi custodian kod tersebut akan menjadi terlalu berharga. Saya tidak mampu pun menjawab kontrek2 yang bakal menanti di Eropah. Saya mahu outsource ke Uniti_IT. Jangan sebut Jepun yang menjadi sasaran saya.(Jepun adalah ekonomi kedua besar dalam dunia - both physical and siber. Dan Jepun adalah yang paling disparate dengan bahasa Inggeris yang merupakan kekuatan saya).
Maka pasaran kami bukanlah disini atau disana, tetapi merata2 dan juga saya tidak perlu meninggalkan kolam saya ditengah hutan ini untuk melakukan projek! Ini terbukti semasa saya membantu anda untuk mendirikan Compiere dalam ofis.
Ialah adalah satu petanda dari mukjizat yang dilafazkan oleh Jibrail a.s. kepada junjungan kami s.a.w. di gua Hira pada malam Lailatul Qadar. Mesti ada sebab. Dan mesti ada petanda untuk manusia akhir zaman.
Allah berjanjji dan Allah sebaik-baik Pejanji.
But u may ask, "Apa yang Allah janjikan?". Allah sudah menjanjikan Rezeki anda (but not your Iman). Maka i tak faham why we lost so much time on rezeki finding.) Allah menjanjikan Ilmu tadi serta memberikan tools nya, but why we refuse to grab it. Allah menjanjikan alam ini tunduk kepada anak Adam. but why we refuse our destiny?. Siapa itu Donald Trump? Dia makhluq biasa. Siapa itu Bill Gates? Siapa itu (berikanlah nama idola anda). Dan apa bezanya dengan kami?
Allah janjikan minta dari Dia dan Dia tunaikan. Dan dia berjanji akan mampu menjatuhkan mahupun menaikkan sesiapa yang DIa ingini.
Semua ini saya harap kami mencapai kejayaan yang sebenarnya dunia wa akhirat, dan dengan Izin Nya jua.
Sekian saja kuliah subuh dari Kuang.
Akulli Qauli hadza, astaghfiruLlahal Azhimli wallikum, wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
(Atas segala yang diucapkan, saya memohon ampun dari Allah, bagi pihak anda, salam..)
red1 |
|
| Back to top |
|
 |
ombak
Joined: 02 Nov 2004 Posts: 4 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Tue Nov 02, 2004 1:23 pm Post subject: |
|
|
A'kum semua ahli compiere.....wah rasa formal lak ayat ni...kita buat unformal la yek...
first of all thanks very..very...very...much pd en. red1 yg byk membantu saya, ain ngan mar untuk setup dr mula utk compiere ni...(setakat ni cuma tgl nak import source compiere jek)....masa nak install oracle jek problem timbul sbb kesilapan hardware yg tidak compatible...lepas tu install byk kali oracle jadi history nyer sentiasa simpan bila kita nak install baru...dan kadang2 tu ada file dier error...normal la kan...bkn saja manusia pun blh jadi bengong mesin apatah lagi kan...
masa install oracle tu masa nak setkan Global Database Name dan SID tu la yang kena berhati2... kalau tidak ada problem masa nak install compiere server..
setelah dah siap install oracle tu , java dan seterusnya compiere....so far alhamdulillah xder problem..dan pada eclipse masih berjalan lancar...
cuma sekarang ni ter'stuck' kat nak import source compiere ke eclipse jek..masih pening dan xfaham naper tidak boleh walaupun classpath tu telah dibetulkanpath dier....saya cuba ikut apa yang ada dlm forum yang ada dlm red1 ni..tp masih blur juga...
saya tgk pada forum ask red1 personally tu..topik classpath problem..still masih xjadi juga...dier nak kena en. red1 ada gak kat sebelah...
Harap2 lepas ni saya akan cepat dapat tangkap apa ada dlm compiere.... _________________ - ombak - |
|
| Back to top |
|
 |
nazli
Joined: 05 Oct 2004 Posts: 4 Location: KL
|
Posted: Wed Nov 03, 2004 4:35 pm Post subject: |
|
|
Ombak,
..cuba awak summarykan steps yang awak buat sebelum ni. Contohnya..
1) Install OS (Linux)
2) Install Oracle 9iAS
- set Global Database Name
- set SID
3)
Saya masih dalam proses nak format harddisk saya...yang dah tersangkut dekat setahun rasanya..  |
|
| Back to top |
|
 |
red1 Site Admin
Joined: 06 Jul 2004 Posts: 1756 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Wed Nov 03, 2004 9:12 pm Post subject: |
|
|
Nazli,
Yang Ombak tu, ombak sekali mari punya, bukan ombak step by step.
Yang harddisk u tu, kira taufanlah... banyak pusing tapi rosak dan jalan merata-rata.
Sorry sabtu, kita tadak kerja, kita ikut nogori Barat.
Kalau mahu jumpa i, mari kat kolam. Ikan haruan ada lagi.
red1 |
|
| Back to top |
|
 |
ombak
Joined: 02 Nov 2004 Posts: 4 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Thu Nov 04, 2004 1:00 pm Post subject: |
|
|
A'kum en. Nazli...
harddisk tu x rosak ke kalau u selalu format....
i akan terangkan step dr mula untuk setup setakat i hadapi...
1) install OS
- actually i guna OS windows server 2003, i tak guna Linux...
- untuk install 2003 ni, arahannya adalah seperti kita install OS windows yang biasa kita guna....yang tu u takder masalah kan...
2) install oracle 9i
- i follow step seperti yang terdapat dalam compiere nyer website, cuma masa Database Identification dimana utk kita setkan Global Db Name dan SID.(cth: dev.compiere.org @ compiere.compiere.org), dev itu adalah nama komputer kita(mengikut pengalaman apa yg i install)
- pada step ini terpulang pada kita untuk namakan GDN tersebut cuma pastikan masa installation compiere server nanti tidak menghadapi komplikasi.
-seperti cth:i masukkan GDN compiere.unitiit.com dan SID = compiere, tetapi semasa install compiere server, TNS Name akan mengalami kotak merah.Ini berlaku disbbkan, i cuba tukar mengikut cth yg diberikan(compiere.compiere.org) di Oracle.net Manager.tetapi masih terdapat error seperti "ORA-12514 TNS:Listener could not resolve SERVICE_NAME given in connect descriptor" semasa install compiere server.
-walaupun i ping TNS dan msg yang kuar mengatakan TNS= OK tapi masih mengalami error yang sama juga semasa runkan compiere server.Jadi conclusionnya: i uninstall semula oracle untuk menghilang kan semua history yang ada untuk setup semula oracle dan compiere server tersebut.
-dan lg satu semasa uninstall oracle, pastikan semua regedit yang berkaitan dengan ORA didelete kalau tidak anda akan mengalami error "SID name is exist"...something like that la msg error
dier...
-so far en. nazli faham kan?!...
- untuk step yang seterusnya seperti biasa ikut saja step tersebut....
3)install compiere server
- seperti biasa ikut arahan yang terdapat dlm compiere.org tu.dan jgn lupa offkan service oracleHTTP, kalau tidak akan keluar error :"Web port error 1521".
jikalau semua ruangan pada skrin compiere server tu hijau, klik button save dan akan keluar seperti paparan yang terdapat di dalam compiere.org sampai habis.
4) install compiere database juga still ikut step yang terdapat di dalam website compiere.
5) install eclipse, lepas tu blh la import source compiere dlm eclipse... _________________ - ombak - |
|
| Back to top |
|
 |
red1 Site Admin
Joined: 06 Jul 2004 Posts: 1756 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Thu Nov 04, 2004 4:11 pm Post subject: |
|
|
Ombak ni dah kira laju sangat... Jangan takutkan si-Naszeli tu,.... keretanya saja yang laju... Proton sportsnyaa hilang pun laju jugakk ... sekarang ni dia pakai Ford sports pulaaa... kelajuannya... kalaulah... di bawa dalam alam siber kann elokk... |
|
| Back to top |
|
 |
ombak
Joined: 02 Nov 2004 Posts: 4 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Fri Nov 05, 2004 8:49 am Post subject: |
|
|
laju sgt ke i ni..... ....itu dah abis slow dah speed i ni....tp kalau nazli tidak faham en. red1 kan ada utk membantu sama.....
i harap info yang i beri dalam forum ni clear...kalau rasa i ada tertinggal...i harap ain dan mardina dapat menokok tambah apa yang tertinggal setiap step untuk setup oracle dan seterusnya ke akhir step...
Biasalah manusia kadangkala cuba untuk menjadi sempurna tetapi masih terdapat jua kekurangannya....hehehe....  _________________ - ombak - |
|
| Back to top |
|
 |
red1 Site Admin
Joined: 06 Jul 2004 Posts: 1756 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Fri Nov 05, 2004 11:33 am Post subject: |
|
|
Saya rasa yang Ombak buat ni memang bagus dah setakat ini, kerana i pernah minta staf lain buat di tempat projek dulu2, mereka tak buat langsung. Dan kalau buat pun, asyik sekerat2 dan terlepas batuk dalam lif saja.
Ini masalah budaya orang kita. Itu sebabnya kita ada banyak cerita dongeng, kerana penulis sejarah tiada. Menulis juga merupakan satu cara memasyurkan diri terutama di barat yang suka membaca. Pandai menulis adalah cara untuk menaikkan diri dengan orang lain kerana mereka tidak ada masa untuk duduk dengan kita seorang secara invidividu. Tetapi penulisanlah sepertimana buktinya red1.org terkenal sekarang di seluruh dunia.
Memang alasan org ak menulis ialah dengan mengatakan tak tahu apa nak tulis. Tulislah apa kita tak tahu!
red1 |
|
| Back to top |
|
 |
ain
Joined: 23 Sep 2004 Posts: 1 Location: Malaysia
|
Posted: Fri Nov 05, 2004 12:06 pm Post subject: |
|
|
asalamualaikum....
red1 i tertarik ngan ungkapan u 'sekerat2 dan terlepas batuk dalam lif ' ..... .. yelah sekarang orang dah advance guna lif ek.. kemudahan dah ada ...sering kiter lihat orang melayu macam tulah... biler dah jumpa error malas nak cuba perbaiki..jadi nyer keje sekarat jalan... harap i n staff uniti tak macam tu la..... tapi i memang respect ngan u sebab u sentiasa BERSEMANGAT dan memberi SEMANGAT kepada orang lain... orang melayu macam inilah yang kita cari ...
ombak rasanya yang ombak kasi tu dah cukup lengkap... lagipun ombak ngan kak mar yang banyak bertungkus lumus dalam pembikinan install menginstall... hasil ajaran red1 ... ... toce..toce... |
|
| Back to top |
|
 |
adim
Joined: 28 Oct 2004 Posts: 1 Location: kl
|
Posted: Fri Nov 05, 2004 12:09 pm Post subject: |
|
|
assalamualaikum..
en red1 dah tgk ke email yang saya hantar pagi tadi?ada ape2 ke yang nak ditambah?kalau ada,harap beritahu..sebab la ni tgk translate every form in english..hari ni half day..sat gi nak balik dah.. |
|
| Back to top |
|
 |
red1 Site Admin
Joined: 06 Jul 2004 Posts: 1756 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Fri Nov 05, 2004 5:07 pm Post subject: |
|
|
Baru je, kerana tertidur
Appendix tu jelas, tapi i tak faham maksud demo kerana tak nampak skrip yang lengkap.
Skrip perlu bermakna dan ada urutuan perjalanan apa yang nak ditunjuk. Bolehlah i anggap setakat ini ia adalah hanya tajuk saja, tapi itupun perlu penjelasan. Lagipun u perlu tumpu hanya kepada basis dan biarkan web presense kepada saya untuk lakukan.
Kan i dah bagi skrip i di Compiere Workshop, di bawah tajuk Prototype for Universiti? |
|
| Back to top |
|
 |
nazli
Joined: 05 Oct 2004 Posts: 4 Location: KL
|
Posted: Mon Nov 08, 2004 2:40 pm Post subject: |
|
|
Ombak,
awak tak laju cuma saya ni yg slow kat sini, thanks for the info anyway
red1,
raya dah dekat ni, rasa cam malas skit nak kejer...dah demam raya kot!!!! |
|
| Back to top |
|
 |
ombak
Joined: 02 Nov 2004 Posts: 4 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Tue Nov 09, 2004 9:37 am Post subject: |
|
|
ok...lg satu info untuk semua....semasa import source compiere ke dalam eclipse pastikan sourcenya sama dengan compiere server tu..maksud i kalau kita d/load compiere25f so source nya mesti/wajib compieresource25f.
Jikalau semasa debug itu keluar error "Version conflict" itu bermakna compiere data tersebut tidak diupdate, untuk mendapat kan compiere data yang telah diupdate, pergi ke www.sourceforge.net/projects/compiere/, pilih compieredata dan d/load
Setelah itu run semula compier database installation.Clear bukan...
Dan yg pastinya jikalau kita memilih untuk compiere version f so...gunakanla untuk semua installation compiere yg menggunakan version f sampai habis...sure tiada masalah nanti
terima kasih... _________________ - ombak - |
|
| Back to top |
|
 |
azaharizaman
Joined: 21 Sep 2004 Posts: 17 Location: Sarawak
|
Posted: Tue Nov 23, 2004 11:46 am Post subject: |
|
|
wah...sure heboh lah you all kat sini...
sorry i dont participate sgt dlm forum nie, jarang masok..and tak pernah pun tau ada segmen bahasa melayu pulak kat sini. anyway, ini satu langkah yg bagus lah, and i truely salute mr red1...
saya kat sarawak nie pun tgh imp compiere kat satu client yg major dlm construction and contracting. sekarang nie pun tgh dudk dlm opis kat client site, tgh main main ngan source.
sulu masa start compiere, rasa rasa nya hujung tahun 2003, saya masih blur, sebab first time kena expose ngan system development (i mean the true system dev, bukan yg main main mcm masa study dulu), and juga sebab saya study dulu ambik majoring networking. tapi saya tak kisah buat develompent system nie, sebab boleh gain exp, sambil tu pun saya ada juga ikot staff opis saya yg lain buat networking.
kalau en nazri tu ingat dia slow sikit, its okey, semua org start slow, lumrah alam, kalau masa start dah laju, masa nak ending nanti mesti slow...hehe...konsep ying and yang katakan. but nazri boleh rilex...everybody got something to learn..
okeylah sorry sebab byk cerita mengarut nie, saya actually sejer nak post something...ahekks...and kirum salam kat semua dlm forum. keep up the good work, and see ya later...chaoww
wasalam _________________ WorLD_PeAcE |
|
| Back to top |
|
 |
azril
Joined: 22 Mar 2005 Posts: 2
|
Posted: Tue Mar 22, 2005 3:23 pm Post subject: newbies with compiere |
|
|
| Mrs Red1 apa kata kalau saya jemput awak buat seminar atau bengkel compiere kat luar, kat area gombak UIA atau UITM shah alam |
|
| Back to top |
|
 |
red1 Site Admin
Joined: 06 Jul 2004 Posts: 1756 Location: Kuala Lumpur, Malaysia
|
Posted: Mon Apr 04, 2005 12:10 pm Post subject: |
|
|
Salam Azril,
Bagus juga, asal menuruti sistem servis yang kami telah paparkan dalam website kami terutamanya di red1.org dan ISYS. Iaitu maklumat adalah percuma dan manusia itu masanya tidak. Kos masa pun adalah menuruti skim yang biasa digunapakai iaitu yang terpapar dalam laman servis ISYS - http://university.in-fusion.com.my/my-isys/c/Services
wasalam
red1 |
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
|