1) Pakar memang ingin ditanya dengan soalan yang menambahkan lagi pemikiran mereka.
2) Seringkali yang menjawab anda, bukanlah pakar tetapi pengguna yang lain yang lebih bersimpati dengan anda.
3) Pakar tidak suka kalau anda tidak melakukan kerja rumah dan berterus bertanya tanpa usaha apa-apa. Ini bukan salah pakar atau kesombongan mereka, tetapi mahu mengelak masa terbuang.
4) Pakar minat dengan mereka yang benar-benar berminat dengan perkakas perisian yang diguna. Hendaklah anda turut berminat dan mempelajarinya secara teknikal, dan jangan asyik nak guna tanpa belajar.
5) Jangan mengkritik dengan emosi. Bersikap positif kerana pakar sering dihujani ribuan soalan dan terpaksa memberikan tumpuan kepada mereka yang berjaya sahaja.
6) Sebelum bertanya, lakukan yang berikut:
- A. Cuba cari dalam google atau internet untuk jawapan yang tersedia ada.
- B. Cari jawapan dalam buku panduan yang sedia ada.
- C. Cuba cari dalam FAQ - soalan2 biasa mengenai perkakas berkenaan.
- D. Cuba menyiasat dan bereksperimen sendiri dulu.
- E. Cuba bertanya dengan kawan yang pakar
- F. Sekiranya anda seorang programmer, cuba cari dalam kod yang diberikan.
Semasa bertanya nyatakan tindakan yang anda lakukan berpandu butir2 tersebut. Pakar akan terasa anda ini serius dan sanggup mencuba.
7. Juga buktikan apa yang anda sudah pelajari setakat ini mengenai persoalan yang dikemukakan.

9) Jangan bertanya soalan yang salah.
10) Jangan menganggap bahawa pakar akan pasti menjawab anda.
11) Tunjuk yang anda akan meneruskan proses belajar, dan bukan meminta jawapan yang serba lengkap tanpa usaha anda lagi. Jangan tanya, "Sila tunjuk saya dari A sampai Z.". Cuba dengan soalan, "Apa yang harus saya periksa lagi disamping itu?", "Apakah yang masih kurang dengan contoh saya?".
12) Pilih forum yang tepat dan jangan hantar merata-rata. Pakar akan cuba mempertahankan forum mereka dari dihujani yang bukan2.
13) Jangan tanya soalan yang tidak setaraf dengan kepakarannya. Soalan yang mudah tanya ditempat yang asas.
14) Jangan hantar emel secara langsung kepada pakar tanpa mengenalnya atau izinnya lebih dahulu.
15) Bertanya dalam IRC atau forum untuk mereka yang baru bermula lebih pantas dijawab.
16) Jangan menganggap masalah anda disebabkan oleh bug atau kesilapan kod. "Mungkinkah ini bug atau mana kesilapan saya?" lebih tepat.
17) Jangan gunakan perkataan yang tidak berfungsi seperti, "TOLONGGG!!!". Gunalah, "Skrin Pertama Klien tidak menunjukan alamat disebelah kanan", atau "XFree86 4.1 mouse cursor on Fooware MV1005 vid. chipset - is misshapen".
18) Gunakan mailing lists yang berkaitan projek tersebut.
19) Jangan suruh dijawab terus kepada emel anda. Ini adalah tidak senonoh dan agak biadab. Jawapan adalah untuk umum dan bukan anda seorang.
20) Nahu dan ejaan mesti betul
21) Sekiranya menerangkan tentang sesuatu bug, berikan langkah2 yang anda lakukan sehingga menyebabkan bug tersebut, supaya mampu mengulangi bug tersebut dalam pc mereka untuk memahami dan melakukan debug.
22) Ceritakan juga mesin dan sistem yang anda gunakan, serta versi-versinya untuk membantu pakar memahami skop bug atau error anda.
23) Jangan guna perkataan "URGENT!", atau "SILA JAWAB DENGAN SEGERA!". Jangan gunakan huruf besar, kerana menandakan JERITAN yang memekikan.
24) Balas apa jua pertolongan dengan ucapan terima kasih, dan cerita kembali bagaimana jawapan itu telah membantu anda. Adalah agak frust kalau anda terima jawapan tanpa berkata apa2, entah ok ke tidak jawapan mereka. Pakar juga suka kalau anda berikan maklumat baru.
25) perhatikan cara orang lain bersoal-balas yang dilakukan secara baik dan memberikan semangat yang positif.
26) Terima kekasaran dengan baik. Jangan reaktif terus. Kaji jawapan walaupun diberikan kepada anda secara kasar.
27) Sekiranya berlaku 'pergaduhan' atau Flames, jangan masuk campur.
28) Tanya dengan cara yang anda menghormati ilmu dan kepakaran mereka, walaupun anda rasa anda lebih pandai.
29) Sekiranya tiada jawapan, jangan pula menanyakan semula ditempat yang sama. Berikan info baru, supaya menunjukkan anda masih berusaha.
30) Perlulah anda jenguk kembali untuk membantu orang lain supaya membina budaya bantu-membantu.