Kelas Sehari OS

Bersama-sama kita mengamalkan Compiere untuk mempertingkatkan industri perniagaan kecil dan sederhana tempatan supaya bertaraf dunia, tanpa menelan belanja yang besar. Malaysia Boleh!

Moderator: nazli

Kelas Sehari OS

Postby red1 » Sun Aug 28, 2005 9:42 am

1) Asas dan Panduan
2) Open Source community dan forum
3) Applikasi Portal, Web dan Komersil
4) Peralatan Pembangunan (Practical HandsOn)
- Eclipse, Toad, BIRT

ASAS & PANDUAN
Perniagaan zaman siber hari ini bukan sahaja mampu menggunakan pelbagai telknologi perhubungan canggih seperti 3G malah perlu bersedia menggunakannya sekiranya ingin bersaing dengan rakan perniagaan yang lain. Kebolehan telekomunikasi dan memproseskan perniagaan secara elektronik tidak lagi satu keinginan untuk pedagang antarabangsa sahaja malah sudah mula menjadi asas bagi pemain tempatan jua.

Namun kos kajian, pembangunan dan penyelengaraan sistem applikasi proses perniagaan seperti perakaunan, ERP (perancangan sumber dan proses secara menyeluruh), MRP (perancangan bahan bekalan perkilangan dan pembuatan) adalah amat tinggi dan rumit pula perlaksanaannya.

Dengan adanya internet dimana perisian dan kepakaran boleh dihubungi dengan lebih telus dan terus, maka ujudlah budaya baru iaitu Open Source dimana kod perisian adalah percuma dan pakar yang perlu untuk mengendalikannya adalah mudah untuk dihubungi. Salah satu contoh adalah dari penulis sendiri iaitu http://red1.org/ yang menawarkan kepakaran dalam pelbagai applikasi enterprise untuk kegunaan komersil dan organisasi. Dengan menghubungi secara terus dengan pakar-pakar yang menjadi pemberi kod dan tunjuk-ajar menggunakannya, seseorang pengguna dapat menjimatkan kos tambahan yang berlapis yang dikaitkan dengan syarikat applikasi perisian yang lain.

Forum dan komuniti yang dipaparkan dalam laman portal tersebut mendedahkan secara telus segala maklumat mengenai kod dan selok-belok permasalahan malah yang merupakan rahsia sekiranya perbanding dengan amalan syarikat komersil lain yang tidak ingin mendedahkan kelemahan dalam produk perisiannya.

Walaupun budaya Open Source ini menjanjikan kelainan dan pemotongan kos kerana tidak perlu lagi membayar lesen untuk membeli kod mahupun lesen tahunan, namun terdapat beberapa isu kos lain yang perlu di ketahui oleh pengguna. Seterusnya penulis ingin mendedahkan beberapa kelemahan yang ujud dalam amalan Open Source serta langkah-langkah dan sikap yang perlu diambil untuk mengelakkan terbelanja lebih sekiranya ingin menggunakan Open Source.

1) Open Source adalah percuma.
Hanya pada kodnya sahaja. Pengguna hendaklah menyedari bahawa kos kod merupakan hanya 33% daripada kos penggunaan sesuatu applikasi. Lagi 33% adalah kos masa dan tenaga menyempurnakan sistem. Antara tugas untuk melaksanakan applikasi tersebut dengan baik termasuk mengkaji keperluan dan menutup segala jurang perbezaan dari segi proses kerja yang perlu untuk applikasi itu serasi dengan suasana kerja yang disasarkan. Baki sepertiga kos lagi ialah kos latihan pengguna dan pengetahuan atau kos menyerahkan kepakaran (transfer of skill) oleh pakar kepada pengguna. Dalam kos tersebut termasuk sokongan dan perkhidmatan menentukan sistem berjalan lancar sementara menunggu pengguna untuk menjadi pakar dalam applikasi tersebut.

2) Open Source hanya tertumpu kepada lapisan teknikal dan asas.
Ramai yang masih menganggap Open Source adalah Linux, Sendmail, dan Apache semata-mata. Kini applikasi yang terbaru dari Open Source lebih bermakna bagi sektor perniagaan, komersil dan organisasi seperti untuk operasi perakaunan, perkilangan, sokongan dan perhubungan pelanggan, pergerakan tugas pejabat dan banyak lagi.
Kebanyakan daripadanya boleh dijumpa di sebuah repositori raksaksa yang didirikan oleh satu konsurtium beberapa gergasi teknologi dunia iaitu http://sourceforge.net/.
Penulis mempunyai 2 projek di sana iaitu http://sourceforge.net/projects/university dan http://sourceforge.net/projects/compilo.


3) Open Source bermakna penurunan kos
Mungkin mengejutkan sekiranya dalam banyak keadaan adalah menjadi lebih mahal kos keempunyaan keseluruhan (total cost of ownership-TCO) sekiranya sesebuah syarikat menggunakan Linux sebagai contoh. Ini kerana kekurangan pakar Linux yang boleh diambil berkerja atau memberi perkhidmatan sokongan sekiranya tertimbul masalah penggunaan Linux. Sekiranya pengguna cuba belajar sendiri, itupun menjadi masalah kerana kursus mengajar Linux masih kekurangan berbanding kursus mengajar applikasi komersil seperti Microsoft Windows.
Lagi satu faktor ialah kebanyakan fail-fail kerja atau dokumen dari pengguna lain masih dalam bentuk MSWindows dan pelbagai masalah boleh timbul untuk menyerasikan antara mereka.
Sebagai contoh dalam sejarah teknologi, apabila telefon mula dibuat, ramai hotel tidak mahu menggunakannya kerana semua hotel menggunakan telegraf dan sekirany sesebuah hotel itu menggunakan telefon, ia adalah membazir kerana tiada siapa yang boleh dipanggil atau akan memanggilnya.
Penjimatan kos hanya akan benar-benar berlaku bagi sistem applikasi yang harga komersilnya adalah terlalu tinggi seperti yang ditawarkan oleh Oracle Financials, JD Edwards, SAP dan GreatPlains. Itupun dengan syarat pakar dalam kod yang digunakan seperti Java, J2EE, Apache Tomcat, Eclipse tersedia ada untuk menjual masa perkhidmatan mereka kepada pengguna.
Pakar-pakar tersebut juga perlu mempunyai sebuah syarikat atau sistem kerja yang menyakinkan pengguna supaya dalam keadaan kecemasan, atau pakar tersebut bercuti, terdapat pengganti atau jaminan waktu tindakbalas yang bersifat rasmi dan profesional.

Secara kesimpulan, pengguna hendaklah berhati-hati kerana kepakaran ilmu mengenai Open Source melibatkan pengalaman yang panjang. Pakar yang dipanggil untuk melaksanakannya mestilah dapat memberi rujukan dari segi tapak komersil lain yang telah dilaksanakan olehnya dengan berjaya. Pengguna tapak yang dirujuk juga perlu bersedia menyatakan keyakinan mereka tentang pakar berkenaan samada dalam bentuk bertulis atau bukti dokumen lain sekiranya tidak boleh didedahkan penggunaannya secara langsung.

Penulis, Redhuan D. Oon adalah seorang pakar IT yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam pelbagai bidang berkaitan. Beliau mempunyai portal komuniti serta projek Open Source sendiri di http://red1.org/
red1
Site Admin
 
Posts: 2415
Joined: Tue Jul 06, 2004 3:01 pm
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

Return to Bahasa Malaysia

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron